Tips penjagaan kulit berminyak
Bagi anda yang mementingkan kecantikan wajah, mungkin tips ini dapat membantu anda untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah anda. Jom baca serba sedikit tips penjagaan kulit wajah yang disyorkan oleh pakar kecantikan kulit..
❤ Kulit berminyak
Minyak yang terdapat pada kulit turut berperanan dalam memberikan kelembapan pada kulit wajah. Namun, minyak yang berlebihan juga adalah tidak baik untuk kulit kerana ia membuatkan wajah kita tidak nyaman. Kebiasaannya, kulit berminyak terjadi kerana corak pemakanan kita yang salah serta dipengaruhi juga oleh faktor genetik. Disebabkan kulit berminyak inilah, kulit wajah kita mudah menyerap segala debu-debu kotoran di luar, dan inilah yang menyebabkan kulit kita menjadi kusam.
❤ Cara mengatasi kulit berminyak
1) Mencuci wajah secara teratur. Cuci muka minimum 2 kali sehari dengan menggunakan pembersih wajah yang lembut dan tidak memberikan iritasi pada kulit. Adalah sangat bagus jika anda memilih pencuci wajah yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi atau organik.
2) Skrub dengan pembersih muka 2 kali dalam seminggu. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis pembersih muka yang berfungsi sebagai skrub, mengangkat semua kotoran dan kulit mati hingga kulit menjadi lebih bersih dan cerah. Muka berminyak lebih mudah memerangkap debu. Jika dibiarkan untuk jangka waktu yg lama, ia akan membentuk lapisan pada kulit. Pilihlah produk yang berkualiti dan produk yang boleh dipercayai.
3) Oleskan produk untuk menyeimbangkan minyak pada wajah. Sama seperti sebelumnya, pilihlah produk yang ternyata berkesan kerana kita akan menggunakannya setiap waktu.
4) Gunakan mosturizer dan toner. Setelah mencuci muka, gunakan toner dan mosturizer ini. Rawatan cara ini bukan sahaja untuk kulit berminyak, malah kulit tidak berminyak juga memerlukannya. Pilihlah toner yang semulajadi seperti green tea.
Nak dapatkan produk yang lebih SEMULAJADI untuk kulit anda yang bermasalah? Lebih natural, selamat dan sentiasa berkesan untuk anda. Sila hubungi
FB : Nutri Hijau Shoppe
Call/sms/whatsapp : 012-3860720
Email : khshaklee@gmail.com
Comments
Post a Comment