Pentingnya vitamin semasa menyusu


Menyusukan bayi tidak semudah yang disangka. Kita sebagai ibu seharusnya menjaga pemakanan kita dalam menjayakan proses penyusuan secara eksklusif. Ini kerana bayi akan tetap mendapat apa yang diperlukannya melalui susu ibu. Begitu juga kesnya dengan ibu hamil di mana bayi di dalam kandungan akan mendapat apa yang diperlukannya melalui pemakanan si ibu walaupun tubuh badan ibu kekurangan vitamin-vitamin yang diperlukan. 




Ramai yang anggap keperluan supplemen semasa proses penyusuan bayi adalah semata-mata untuk memperbanyakkan kuantiti susu ibu. Dah tentu tidak. Sebaliknya keperluan supplemen ini penting bagi ibu-ibu kekal sihat dan seterusnya menghasilkan susu yg bernutrisi tinggi. Susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum. Semua ini akan diperolehi apabila tubuh badan kita sihat. Kalau ikutkan, sewaktu kita hamil, kita sebagai ibu akan mengambil pelbagai supplemen yang dibekalkan oleh doktor bagi menyokong perkembangan dan tumbesaran bayi. Jadi bila di alam penyusuan, hal yg sama juga di mana kita tidak boleh mengabaikan konsep pengambilan suplemen kerana setiap yang kita ambil dan makan itu, akan turut tersalur dan dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu.

Proses penyusuan susu ibu memerlukan nutrien yang tinggi. Sebab itulah ibu perlu mengambil beberapa suplemen tambahan untuk melengkapkan lagi keperluan zat yang sedia ada. Omega-3 adalah antara suplemen tambahan yg diperlukan di mana ia penting untuk mata dan otak. Selain itu, kalsium juga turut penting semasa proses penyusuan untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang diperlukan adalah zat besi, zink dan magnesium. Kebanyakan vitamin dan mineral ini tidak akan mengganggu penghasilan susu ibu kecuali vitamin larut lemak seperti Vitamin E dan Vitamin A. Tidak semua ibu sesuai dan serasi dengan vitamin-vitamin ini. 

Disebabkan itulah, amat penting jika kita amalkan pemakanan buah-buahan dan sayuran sepanjang tempoh penyusuan agar kesihatan kita terjaga. Jika ibu-ibu risau akan kekurangan vitamin-vitamin ini, di sinilah perlunya ibu-ibu mengambil suplemen tambahan. Ia bukan sekadar membekal nutrien, malah turut memberikan mood yang baik, ceria dan sentiasa bertenaga sepanjang proses penyusuan. 

Jika anda ibu-ibu yang menyusu dan berminat untuk mencuba beberapa suplemen untuk menyusu, boleh hubungi saya 

FB : Nutri Hijau Shoppe
Call/sms/whatsapp : 012-3860720 (Ku) 
Email : khshaklee@gmail.com

Harga bajet juga ada buat anda yang ada kekangan bajet. Saya sedia membantu anda demi menyokong penyusuan susu ibu. 

Comments

Popular Posts