Zindagi Gulzar Hai

Okay. Dah lama sangat dah sebenarnya peram cerita ni. 

Saya ni jarang layan cerita tengah2 hari hari bekerja. Sebab selalunya tengahari bila semua urusan anak2 dah setel, saya memang guna masa sehabis mungkin
dengan handphone saja. Update itu ini. Update instagram bisnes online yang lagi satu tu kan. 

Tapi sejak Oktober haritu sambil2 saya tidurkan si Aisyah ni, tertengoklah episod pertama drama Zindagi Gulzar Hai. Mula2 macam peliklah juga. Eh, kenapa ada cerita hindustan pulak time weekdays ni. Dahla tengahari pulak tu. Selalunya time tu selalunya cerita Indon la. Saya memang tak layan sangat tv time pukul 4-5 petang. 

So bila dah tertengok tu, terdetiklah dalam hati. Eh, macam menarik pulak cerita ni. Sebab drama ni dialognya tak macam filem hindi yg kita selalu tonton tu. Masa tu saya tak tahu pun rupanya tu sebenarnya drama Pakistan. Bukannya India. Patutlah tengok drama ni macam Islamic sikit. Ada orang beri salam. Nama pun nama Islam. Rupanya cerita dari Pakistan. 

Bila tengok cerita macam kisah masyarakat, rasa macam lagi menarik sangat. Plot drama jalan cerita dia memang macam yang sama berlaku pada masyarakat kita kat Malaysia ni.

'Zindagi Gulzar Hai' ni banyak sangat pengajaran. Seriously bukan drama Pakistan biasa2 macam drama Melayu. Sarat sangat dengan mesej. Memang patutlah drama ni menang award drama terbaik di Pakistan.



Saya sampai boleh tak missed langsung cerita ni kecuali masa hari hujan lebat guruh haritu. Terpaksa tutup tv terus. Makanya termissed la sekejap satu episod cerita ni.

Apa yang saya boleh simpulkan dalam cerita ni ye? 

Ya Allah banyak sangat pengajaran yang dapat dalam cerita ni. Kadang2 macam memang kena sangat dengan kita kita ni. 

Antara pengajarannya : 

- Layanlah semua anak sama rata baik anak lelaki atau anak perempuan. Jangan buat anak perempuan seperti zaman jahiliyah dulu. Umpama anak perempuan tiada nilai dan tiada manfaat dlm hidup. Begitu jugalah cucu atau cicit. Masyarakat kebanyakannya suka memandang tinggi bila seseorang beroleh anak lelaki. Umpamanya anak lelaki adalah tunjak segalanya. Layanlah anak sama rata dari segi kasih sayang dan juga harta. Dalam kisah ini, si bapa kahwin dua sebab isteri pertama tak mampu beri anak lelaki padanya. Isteri pertama melahirkan 3 orang anak perempuan. Isteri redha dgn keputusan suami. Kesudahannya kesemua anak perempuannya lebih hebat dari anak lelaki yg dia ada

- Perbezaan darjat dan pangkat dalam keluarga bukanlah penghalang untuk hidup bahagia. Beza status keluarga mertua atau keluarga sendiri bukan penghalang. Be it keluarga bangsawan, keluarga diraja, keluarga berpelajaran, keluarga low class, keluarga high class. Kita yang perlu pandai membawa diri. 

- Bertolak ansur dalam hidup berkeluarga. Untuk isteri, fokus utama dalam hidup adalah keluarga. Bukannya kerjaya. Sehebat mana pun kita dalam kerjaya kita, suami dan anak2 adalah fokus utama kita. Sesibuk mana pun dgn kerja, anak masih perlu didahulukan.Tidak perlu tinggalkan kerjaya hanya untuk fokus pada anak. Dengar luahan anak2. Dalam kisah ini apabila anak sudah besar, anak mula menyalahkan ibu sebagai punca kpd pelbagai masalah. Begitu juga suami. Keluarga masih lagi tanggungjawab besar anda.

- Apa jua yang isteri mahu lakukan, berkongsilah dengan suami. Beritahu suami. Walau sehebat manapun isteri, walau independent sekalipun, beritahu suami. Apa jua masalah cubalah untuk berkongsi dan luahkan pada suami. Berbincanglah sebelum melakukan apa jua tindakan

- Suami pula, jangan menggunakan kuasa yang ada dgn sewenang-wenangnya. Jangan gunakan kuasa veto anda sebagai suami untuk control segalanya. Tidak perlu jadi chauvinist. Tidak perlu pandang perempuan lemah. Tidak semua perkara isteri perlu ikut telunjuk suami.

Ni antara yang boleh saya simpulkan. Separuh saja ni. Ada banyak lagi sebenarnya perkara baik yang boleh dapat dari tonton cerita ni.  

Saya ni bila tengok drama, memang saya bukan setakat tonton kosong. Bukan tonton seronok2. Saya tak tahulah orang lain macam mana. Tapi saya ni jenis kalau tengok drama, memang saya suka perhatikan lakonan orang, perhatikan bahasa orang. Tengok orang tu pandai berlakon tak. Real ke tak. Hahaha. 

Tapi point yang saya nak cakap sebenarnya ni adalah berbaloi sangat layan drama ni walaupun banyak episod nak kena layan. Bila tengok drama ni macam terfikir, 

Eh..macam sama je macam orang2 kita kat Malaysia ni. 

Eh..macam sama je dengan orang tua2 kita ni. Macam sama je dengan pemikiran tok nenek moyang kita. 

Kena sangat dengan masyarakat kita ni. Masyarakat kita ni kadang2 lebih suka nak fikirkan pandangan orang luar walaupun apa yang kita nak lakukan tu tak menyalahi ajaran agama pun. Kita risau sangat dengan pandangan orang tentang diri kita. 

Mana yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan

Sekian coretan utk malam ni berkenaan drama yang saya follow. 

Korang yang tak sempat tonton drama ni haritu boleh tonton di Youtube saja. Best jugak tonton sebab hero pun hensem gitu..ahaha

Comments

Popular Posts