Gadget impian paling best

Zaman belajar dulu saya memang agak gila sikit dengan gadget. Waktu tu hanya gila dengan handphone sajalah. Tablet belum wujud lagi waktu tu. Tak pun dok gila dengan kamera digital or pendrive. haha. Lawak pula bila ingat kisah dulu-dulu zaman muda belia remaja. 

Dulu mudah sangat nak membeli. Biasalah tak cari duit sendiri kan. Nak beli pun sebab banyak sangat terpengaruh dengan kawan-kawan. Kejap tengok roomate pakai yang tu macam best. Kejap tengok classmate pakai yang ni macam best jugak. 

Tapi kadang-kadang taklah membeli ikut nafsu sangat. Masih boleh berfikir lagi pasal harga mengikut kemampuan ke tak. Selalunya kalau saya beli, memang saya pakai habis-habisan. Cumanya nak cerita disini, zaman saya kat universiti dulu memang saya ambil tahu juga perkembangan gadget2 ni.


Gambar hanya perhiasan

But now bila dah habis belajar, dah kahwin dan jadi surirumah ni, kurang sikit gila dengan gadget. Kurang terpengaruh gamaknya. Biasalah duduk rumah mengadap kerja-kerja rumah je kan. Kawan-kawan takda. Nafsu nak bertukar-tukar gadget tu memang takda langsung..

Bercerita pasal gadget impian, tak banyak yang saya teringin sangat pun sebenarnya. Sebab saya pun memang tak tahu sangat apa gadget2 terbaru sekarang ni. Sebab terlampau banyak sangat. Tak sempat ài nak catch up. 

Saya memang tak ikut perkembangan dan trending gadget pun. Pendek kata, saya memang tak berminat. haha..oh memang saya sangat kuno dan agak ketinggalan juga sekarang ni. 

Tapi takpa..

Yang paling utamanya, saya prefer gadget yang boleh memudahkan saya untuk download banyak-banyak apps yang dapat memudahkan saya untuk buat poster yg senang. Memandangkan saya menjalankan biz online, gadget tu memang satu keperluan dan penting sangat. Bukan setakat nak call, tapi paling utama nak whatsap. For me, dapat guna smartphone biasa pun dah cukup. Yang penting, boleh install banyak apps tanpa sebarang masalah yg melibatkan storage.

Dapat download apps Blogger pun dah cukup baik. Senang nak update blog. Kalau storage besar, boleh simpan banyak notes, or photo best2. Kalau storage cepat sangat full, nak download apa pun tak boleh. Even sekarang smartphone saya nak download apps Quran pun tak lepas. Kecewa betul.

Teringat awal-awal dulu buat poster guna Powerpoint kt lappy je. Bila tengok balik poster-poster lama, rasa nak tergelak balik. Sekarang ni macam-macam apps ada utk buat poster. 

Memang masalah saya sekarang ni nak download apa-apa apps terbaru pun tak boleh.  So hajat di hati memang nak kumpul duit untuk upgrade handphone. Tak apa. Masih belum terdesak lagi untuk beli baru. So kita pasang angan-angan jela dulu ye..Tunggu bonus masyukkkk



Anda ingin menjana pendapatan seperti saya?

Hubungi saya
Ku Hasnah (ID 885238)
012.3860720

Comments

Popular Posts