Apa itu sawan dan cara merawatnya

Sawan atau Seizure dalam Bahasa Inggeris adalah tanda bahawa otak cedera. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa sawan berlaku apabila sel otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Dalam keadaan kekurangan oksigen ini, satu mekanisme di dalam otak bertindak untuk mengurangkan jumlah oksigen yang digunakan oleh sistem-sistem yang lain di seluruh badan supaya oksigen yang ada disalurkan kepada otak untuk membolehkan otak terus berfungsi.

Otak yang berfungsi di peringkat yang terendah sekali ini akan menghasilkan gerak geri dan respons di peringkat refleks sahaja. Di peringkat ini seseorang itu tidak sedar akan apa yang berlaku dan dengan itu tidak dapat mengawalnya. Sekiranya anda pernah melihat seorang pesakit yang sedang mengalami sawan, sudah tentu anda boleh perhatikan gerak-gerinya di mana tangan, kaki, mata dan lidahnya agak menakutkan. Ia sebenarnya memberitahu kita bahawa "Saya perlukan oksigen." Ia bolehlah diumpamakan ikan yang diletakkan di atas darat. Ikan itu sudah tentu akan menggelupur dan menghempaskan badannya yang kekurangan oksigen. Apabila ikan itu diletakkan semula ke dalam air, ia kembali normal dan pulih kerana ikan itu memerlukan bekalan oksigen.


Adakah sawan berbahaya?

Sawan itu sendiri tidak berbahaya kerana sawan adalah satu keadaan sel otak mendapatkan bekalan oksigen. Apabila oksigen yang mencukupi telah dibekalkan kepada sel otak, sawan tarik ini akan berhenti dengan sendiri.


Apakah yang perlu dilakukan apabila anak anda diserang sawan tarik?

1) Jangan panik. Tarik nafas panjang dan berdoa kepada Tuhan.

2) Tiarapkan anak anda di atas riba dengan kepalanya lebih rendah dari badan dan kakinya supaya darah mengalir ke otaknya.

3) Sedarkan anak anda dengan memanggil namanya, memukul dan mencubit badannya supaya dia cepat sedar. Selepas dia sedar, beri anak itu rangsangan dan pelukan.





Kenapa sel otak kekurangan oksigen hingga menyebabkan sawan?


Banyak perkara boleh menyebabkan ia berlaku. Pertama sekali, sawan tarik dialami ketika anak mengalami demam panas di sekitar suhu yang melebihi 38 C. Situasi ini memerlukan sel untuk mengeluarkan banyak tenaga yang dihasilkan dengan menggunakan oksigen. Bahan-bahan vitamin dan galian seperti vitamin B1, vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5 dan juga Vitamin B6 banyak digunakan. Galian pula adalah seperti kalsium, magnesium, zink dan selenium.

Disebabkan itulah penting untuk kita meningkatkan sistem ketahanan badan anak atau sistem imun supaya tidak kerap mengalami demam dan sakit. Penting untuk kita sebagai ibubapa menjaga makan dan minum anak dan memberinya makan vitamin dan galian tambahan.

Penyakit-penyakit lain seperti cirit birit juga akan mengurangkan air dan jumlah darah yang sampai ke otak. Ia seterusnya akan menyebabkan otak kekurangan oksigen dan menyebabkan sawan.  

Sebab lain adalah kecederaan otak. Sel yang tercedera memerlukan lebih banyak oksigen daripada sel yang sihat. Kecederaan boleh berlaku apabila anak mengalami kekurangan oksigen. Ini mungkin berlaku semasa di dalam rahim atau waktu sawan tarik dalam apa jua situasi yang mengurangkan jumlah oksigen ke otaknya. Demam, cirit birit atau batuk akan meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan. 




Aktiviti berlebihan dari biasa juga akan menambahkan keperluan oksigen. Bagi mereka yang selalu mengalami masalah begini, kebiasaannya anak mereka akan mengalami sawan pada waktu bangun tidur. Ini kerana sewaktu tidur, pernafasan anak tidak begitu baik dan apabila bangun tidur, keperluan oksigen kepada otak meningkat. Ketika ini otak akan kekurangan oksigen, maka anak pun akan mendapat sawan. 

Justeru itu, rawatan jangka panjang bagi anak yang mempunyai kecederaan otaknya ini ialah melalui program-program yang meningkat pembangunan otak yang cedera itu supaya sampai ke tahap yang tertinggi. Antaranya adalah Program Pembangunan Asasi Manusia.

Apa peranan makanan?

Terdapat makanan dan minuman yang mengandungi bahan kimia tertentu yang boleh mencetuskan sawan. Makanan yang berbahaya sekali adalah gula pasir.

Gula glukosa yang terlalu banyak dalam darah boleh menghalang sejenis protein (yang digunakan untuk mengatasi stress ) untuk masuk ke dalam sel otak. Protein ini diberi nama Phenylalanin yang kita perolehi dari makanan yang tergolong dalam kategori protein seperti daging, ikan, telur dan lain-lain. Phenylalanin ini perlu untuk membolehkan otak menghasilkan adrenalin yang boleh menapis stimulasi untuk masuk ke otak dan dengan itu ia mengawal ketegangan.

Satu gram gula boleh menakung empat gram air. Oleh itu kandungan gula yang banyak di dalam darah akan menambahkan kandungan air di dalam otak dan ini akan mencetuskan sawan.

Untuk itu, perkara pertama bagi merawat sawan ialah dengan mengurangkan gula dalam makanan dan minumannya sehingga terus berhenti dari mengambil gula ini sama sekali.


KAWAL PENGAMBILAN GULA DALAM DIET ANDA !

 sumber Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar (Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-kanak)



Comments

Popular Posts