Anda suka makan lobster?Mari baca apa khasiat lobster

Salam

Anda suka makan lobster? Mari baca dulu apa khasiat lobster sebenarnya

Saya pasti semua orang yang sukakan seafood sudah pasti juga sukakan Lobster? Sila senyum jika ya. Saya sebenarnya tidak berapa tahu tentang lobster ini disebabkan saya juga tidak pernah makan lobster sepanjang hidup saya. Kesian kan? Teringin? Tidak juga. Sebab saya memang bukan penggemar seafood atau udang sebenarnya. Untuk mencuba mungkin boleh. Hanya sekadar untuk merasa kehebatan dan kesedapan  lobster yang selalu diperkatakan orang tu.

Sebenarnya saya mula kenal dengan lobster dan semakin kerap mendengar cerita tentang lobster ini sejak saya menonton slot Akasia Ariana Rose. Kesian kan sebab baru mengenali lobster walaupun orang lain sudah berzaman mentekedarah lobster. Teringat saya dengan kisah sewaktu Ariana sedang makan lobster bersama Tengku Adam sehingga mereka bergaduh. Sejak itulah apabila orang bercerita tentang makanan lobster ni, saya terus teringatkan kisah lobster dalam drama tu. Rupanya lobster ini mahal harganya. Hanya ada di restoran-restoran yang mahal. Mungkin untuk mereka yang memang pencinta lobster, mahal itu tolak ke tepi sahaja. Yang penting sedap.




Okey bercerita tentang lobster ini. Bila kisah lobster ini sudah disingkap, baru saya tahu yang lobster ini kaya dengan protein. Selain dari sedap, lobster juga mampu menambah tenaga dalam tubuh badan dan juga mampu memantapkan pengeluaran gula dalam darah. Baguskah untuk pesakit diabetes?

Apa lagi tentang Lobster?

Rupanya lobster ini juga mampu memberikan badan yang langsing kerana makanan mewah ini membantu menurunkan berat badan. Ini mungkinlah sedikit sebanyak membantu memandangkan lobster ini tinggi kandungan proteinnya. Malah kandungan proteinnya lebih banyak daripada protein ayam namun kalorinya  rendah berbanding ayam dan daging. Lagi kurang kalori, lagi baik untuk pelangsingan bukan?

Selain protein, lobster juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk kesihatan jantung kita. Sekaligus dengan mengambil lobster ini juga, ia mampu menjauhkan seseorang itu dari serangan penyakit berbahaya. 

Satu lagi yang bestnya tentang lobster adalah ia diumpamakan seperti mengambil tablet multivitamin kerana kandungan kalium, zink, selenium dan vitamin B12 yang terkandung di dalamnya sangat penting untuk kesihatan tubuh kita. 

Jadi untuk anda yang berkemampuan dari segi kewangan untuk makan lobster sebanyak yang mungkin, jangan risau ok. Sebab sudah tentu ianya sangat banyak kebaikan buat kesihatan anda. Tapi awas, jangan makan terlampau banyak kerana konsep pemakanan kita adalah ' Jangan terlebih dan jangan terkurang'. Makan biar berpada-pada. Makan banyak dapat penyakit, makan sikit pun dapat penyakit.


 Yang ini serius sangat membuka selera


Banyak rupanya sumber omega-3 dan protein selain dari yang selalu kita makan tu. Jadi, jangan rasa bersalah kalau anda nak makan lobster banyak-banyak sebab ia memang banyak khasiat. Seperti yang saya cakap tadi, jangan sampai tiap-tiap hari selama seminggu anda mentekadarah lobster ni okey. Sayapun teringin juga nak mencuba lepas ni.

Comments

Popular Posts