Punca Darah Tinggi

Bagaimana yang dikatakan DARAH TINGGI?

Penyakit darah tinggi dikatakan apabila tekanan darah sistolik pada 140mmHg atau lebih dan bacaan diastolik adalah 90mmHg atau lebih. 

Bacaan darah tinggi ditulis seperti ini 130/80. Bacaan atas dipanggil sistolik dan bacaan bawah dipanggil diastolik. Jika bacaan anda adalah sebegini 150/100, ini bermakna anda di bawah kategori hipertensi. 








Jom kenali jenis-jenis DARAH TINGGI


PRA HIPERTENSI
Nilai bacaan tekanan sistolik 120-139 dan diastolik 80-89.


TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI PERINGKAT SEDERHANA
Nilai bacaan tekanan sistolik 140-159 dan diastolik 90-99


TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI PERINGKAT TINGGI
Nilai bacaan sistolik melebihi 160 atau diastolik melebihi 100



Apa yang menjadi punca atau penyebab kepada tekanan darah tinggi?

Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidap penyakit darah tinggi sehinggalah mereka sendiri memeriksa tekanan darah mereka. Ini kerana 90% pesakit darah tinggi ini pada awalnya tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi menunjukkan tanda-tanda. 



Faktor risiko darah tinggi adalah :

1) Faktor keturunan (genetik)
2) Stress
3) Usia
4) Pengambilan garam berlebihan
5) Gaya hidup tidak sihat


Jadi, apa yang perlu dilakukan?

1) Amalkan diet yang rendah garam, kolesterol dan lemak tepu.

2) Berhenti merokok dan pengambilan alkohol.

3) Amalkan senaman secara teratur.

4) Hindari stress.

5) Memperbaiki gaya hidup yang tidak sihat. Lakukan senaman seperti senamrobik atau jalan kaki selama 30 minit beberapa kali dalam seminggu.


Untuk menghindari penyakit ini amat mudah. Yang penting adalah gaya hidup yang sihat. Pendek kata, semuanya terletak pada diri kita sendiri. Sebab itu penting untuk kita CEGAH sebelum ianya PARAH. Lebih elok kita mencegah dari kita mengubati di kemudian hari.


PERHATIAN !!!

UNTUK ANDA YANG TERCARI-CARI SUPLEMEN UNTUK KESIHATAN ANDA, BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA UNTUK MENGETAHUI LEBIH DETAIL LAGI TENTANG SUPLEMEN YANG BERSESUAIAN UNTUK ANDA. 

Sila whatsap saya 012-3860720 (Pn Ku) untuk KONSULTASI SECARA PERCUMA

Comments

Popular Posts