Pentingkah kita bangun bersahur semasa berpuasa?
SALAM RAMADHAN KAREEM
Alhamdulillah sudah hampir masuk seminggu kita berpuasa. Sekejap je sebenarnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, sedar-sedar nanti Ramadhan akan berlalu begitu saja.
Bercakap tentang berpuasa, nak juga saya cerita di sini tentang kepentingan kita bersahur. Walaupun bersahur itu bukanlah satu perkara yang wajib, tetapi ia adalah satu amalan yang sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Jika kita berpuasa tanpa bersahur, seolah-olah puasa kita di siang hari itu seperti tiada nilai. Kalau bahasa pasar, macam tak terasa sangat bestnya berpuasa di siangnya tu. Ini kerana yang membezakan puasa kita orang Islam dengan puasa orang Yahudi adalah sahur. Dengan bangun bersahur itulah yang membezakan puasa kita dengan orang lain.
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim)
Bersahur itu merupakan satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi, sesuatu amalan dari sunnah Nabi itu ada kebaikannya dan setiap yang bangun bersahur, ada pahala atau ganjaran darinya. Dengan bersahur juga sebagai tanda kita betul-betul ingin mengabdikan diri pada Allah di bulan yang mulia ini. Tanda kita bersungguh-sungguh bersujud pada-Nya. Ramai yang tidak sedar terdapat keberkatannya apabila kita bangun bersahur. Kalau sesuatu yang dilakukan tanpa diberkati Allah, tiada nilai apa-apa yang boleh diharapkan lagi. Begitu juga dengan bersahur. Terdapat keberkatan yang ada padanya dan dengan bersahur itulah, puasa kita akan turut diberkati Allah.
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Itu antara kepentingan bersahur dari segi agama. Kalau dari segi kesihatan, bersahur ini sangat penting untuk tubuh badan kita. Dengan bersahur, ia boleh mengatasi masalah gastrik. Ada orang yang mudah sakit perut atau mudah pedih perut jika tidak mengambil makanan atau pengalas perut. Dengan bersahur juga, ia dapat membekalkan tenaga di sepanjang seharian kita berpuasa dan menjadikan badan kita lebih bersedia untuk berpuasa.
Lain orang lain caranya bersahur. Ada yang makan nasi, ada yang hanya makan roti sahaja, ada yang hanya makan kurma sebagai pembekal tenaga dan ada juga yang bangun hanya untuk minum air sahaja sebagai cara mengurangkan rasa dahaga di siang hari kelak. Sedikit atau banyak kita makan dan minum, yang penting sahur itu sangat penting bagi mereka yang berpuasa. Terdapat banyak sangat kebaikan hanya dengan bangun bersahur walaupun hanya dengan 1 biji kurma.
Bersahur di sini dalam erti kata kita bangun makan pada waktu lewat malam iaitu pada waktu yang hampir dengan waktu Subuh dan bukannya di waktu selepas Isyak ataupun dipanggil 'supper'. Bersahur hingga masuknya waktu Subuh inilah yang terdapat kebaikan dan keberkatan padanya. Jadi, jangan tinggalkan amalan bangun sahur ini semasa menjalani ibadah berpuasa.
NAK CARI MINUMAN INSTANT SEMASA BERSAHUR YANG DAPAT MEMBERI ANDA TENAGA SEPANJANG HARI?UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU JUGA ADA.
WHATSAP 012-3860720 (Pn Ku)
Comments
Post a Comment