Tekanan darah tinggi semasa hamil

Tekanan darah tinggi semasa hamil mungkin disebabkan oleh hipertensi yang sudahpun wujud (hipertensi kronik) tetapi ia mula dikesan sewaktu ibu hamil. Tekanan darah tinggi yang mula dikesan selepas minggu ke-20 kehamilan dipanggil gestational hypertension. Untuk kes begini, biasanya tekanan darah tinggi ini akan hilang atau kembali normal selepas ibu melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, terdapat juga dari golongan ini yang akan mendapat semula tekanan darah tinggi ini pada masa akan datang.

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal semasa hamil boleh menyebabkan ibu mengalami pre-eklampsia di mana protein dikesan terkandung di dalam air kencing. Biasanya ibu akan mengalami bengkak pada muka dan juga kaki dan jika masih tidak terkawal, ia boleh menyebabkan sawan atau kekejangan. 


Bagaimanakah cara mengawal tekanan darah tinggi ini?

Cubalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta kurangkan kadar pengambilan garam dari biasa. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi ini seeloknya melakukan pemeriksaan sekerap yang mungkin dengan berjumpa dengan doktor. 


TEKANAN DARAH TINGGI BOLEH MENGGANGGU KESUBURAN?

Benarkah ia boleh mengganggu kesuburan seseorang?

Ya. Ia boleh menyebabkan seseorang wanita itu sukar untuk hamil. Tekanan darah tinggi juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon-hormon di dalam tubuh wanita ataupun penyakit seperti PCOS di mana ia boleh mengganggu kesuburan seseorang wanita untuk hamil. 

Untuk itu, amatlah penting jika kaum wanita juga dapat menjaga kesihatan dengan baik sejak dari muda lagi agar ia tidak mengganggu tahap kesuburan anda untuk hamil kelak. 

Juga tidak lupa bagi wanita yang mengalami berat badan berlebihan agar turut sama mengurangkan berat badan dan rehat yang secukupnya kerana ia turut memberi kesan kepada kesihatan anda samada sebelum hamil ataupun ketika hamil.





Comments

Popular Posts