Fakta tentang zat besi atau iron
PENGAMBILAN SUPLEMEN ZAT BESI
Zat besi sangat-sangat penting untuk sistem peredaran darah dalam badan. Zat besi yang mencukupi sangat diperlukan bagi menjalankan fungsi khas zat besi iaitu untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida ke seluruh tubuh badan.
Biasanya mereka yang mengambil suplemen khas iron ini adalah mereka yang mengalami masalah kurang zat besi dalam darah. Kekurangan zat besi atau iron ini akan membuatkan ia tidak dapat mengangkut oksigen yang mencukupi untuk tubuh badan dan dengan itu, kita akan mudah letih dan tidak bermaya disebabkan kurangnya oksigen dalam darah. Muka juga akan sentiasa kelihatan pucat jika kandungan zat besi terlalu rendah.
Bagi anda yang mengalami masalah kekurangan zat besi/iron ini dan disarankan untuk mengambil suplemen tambahan bagi menampung semula dan menambah semula zat besi dalam badan, apa kata anda ikuti tips ini agar pengambilan suplemen anda tidaklah sia-sia disebabkan ianya tidak terserap di dalam badan.
1) Pengambilan iron dengan Vitamin C secara serentak dapat memudahkan penyerapan iron dalam badan tidak kisahlah samada vitamin C dari makanan ataupun suplemen.
2) Jangan ambil iron serentak dengan kafein terutamanya kopi dan teh kerana ia boleh mengurangkan penyerapan iron. Kesan ini boleh menyebabkan anemia terutama bagi mereka yang berisiko tinggi.
3) Kalsium dari makanan seperti susu dan keju juga boleh mengganggu penyerapan iron dari makanan atau suplemen. Ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang mempunyai iron yang mencukupi dalam badan tetapi tidak bagi mereka yang memerlukan iron tambahan.
4) Untuk zink pula, iron mungkin akan bertindak balas dengannya dalam keadaan tertentu mengikut cara bagaimana zink diserap oleh tubuh atau sebaliknya. Tetapi makanan yang diambil boleh menghentikan tindak balas kedua-dua ini. Untuk itu, adalah lebih baik jika zink atau iron diambil bersama makanan supaya penyerapannya adalah maksimum.
Jadi untuk anda yang mengalami anemia atau kekurangan iron dan disarankan mengambil suplemen tambahan iron, anda mungkin perlu mengambilnya dengan sempurna agar tubuh badan anda mendapat penyerapan yang sepenuhnya.
Shaklee juga tidak ketinggalan apabila mereka telah mencipta satu rumusan multivitamin Vitalea dengan Formula Zat Besi. (Vitalea with Iron Formula). Bagi anda yang mengalami masalah hemoglobin (hb) rendah hingga menyebabkan anda mengalami simptom seperti pucat, pening kepala dan kerap pitam, ia petanda anda kekurangan zat besi. Jadi, sangatlah disarankan supaya anda mengambil Vitalea ini sebagai makanan tambahan selain dari zat besi yang terdapat di dalam makanan.
Berapa biji yang harus diambil?
Untuk anda yang mempunyai hb terlalu rendah atau di bawah 11, 2 biji Vitalea sudahpun memadai.
Ramai diantara pengguna Vitalea yang mengalami masalah kekurangan zat besi sangat berpuas hati dengan Vitalea kerana ia ternyata sangat membantu menaikkan semula kandungan hb dalam darah mereka. Salah satu manfaat utama suplemen Vitalea ini adalah ianya membantu mencegah anemia melalui pembentukan hemoglobin, meredakan kesakitan akibat PMS, membantu tumbesaran, melawan penyakit serta mengelakkan keletihan serta kekurangan tenaga.
Jika anda merupakan salah seorang dari mereka yang dikesan mengalami kekurangan zat besi, bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan multivitamin Vitalea-Iron Formula ini sebagai salah satu usaha dan ikhtiar anda ke arah mencapai kesihatan yang baik.
Harga pula sangatlah berpatutan dan boleh tahan selama berbulan-bulan. Pendek kata ianya sangatlah berbaloi dan sesuai untuk semua generasi.
Hubungi saya segera untuk free consultation
Call/sms/whatsap : 012-3860720 (Pn Ku)
FB : Nutri Hijau Shoppe
Comments
Post a Comment