Alfalfa dan Ostematrix membantu penyusuan susu ibu

Bercakap mengenai penyusuan susu ibu, ingin saya kongsikan pengalaman saya menyusukan anak saya. Alhamdulillah, saya masih menyusukan anak kedua saya hingga kini, 1 tahun 2 bulan. Selepas kes susu merudum semasa anak saya di usia 7 bulan dan semasa itu juga period telah kembali setelah bersalin dan berpantang. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya yang macam orang gila sebab susu dah berkurang. On the spot, saya terus pergi beli produk Shaklee. Apa yang saya beli?



ALFALFA 



Sebenarnya hanya produk ini saja yang ada di stokis Shaklee. Mahu tak mahu saya beli juga asalkan susu saya bertambah semula. Yang penting milk booster ada! 

Adakah alfalfa membantu walaupun bukan satu set menyusu?

Ya. ia amat membantu saya kerana sifat alfalfa itu sendiri sebagai agen yang membantu badan menstimulasi susu dengan lebih cepat. Bergantung kepada dos yang diambil.
Tetapi, sampai satu tahap saya akan merasa satu perubahan pada diri jika alfalfa tidak diambil bersama air yang banyak. Kenapa saya katakan begini. Kerana pengambilan alfalfa sahaja untuk membanyakkan susu tanpa air yang cukup dan vitamin-vitamin lain mungkin boleh membuatkan kita sentiasa letih, lesu, moody dan sentiasa mengantuk.  Kenapa kita jadi letih?
Kerana kita telah memaksa badan kita untuk bekerja keras bagi menghasilkan susu badan. Kita hanya tertumpu kepada pemakanan untuk membanyakkan susu tanpa memikirkan kesihatan tubuh badan kita. Ini ditambah lagi dengan kurangnya minum air. Jadi, pengambilan air yang sangat banyak sekurang-kurangnya 3L sehari amat membantu agar perjalanan darah semakin lancar. 

Dan disebabkan itu, saya tidak mengambil Alfalfa sahaja. Saya turut mengambil Ostematrix ataupun Kalsium.      Ostematrix amatlah membantu saya yang sebelum ini kerap mengalami sakit belakang badan selepas bersalin. Saya sentiasa kepenatan hampir setiap hari selepas melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak. Alhamdulillah, sebaik mengenali Ostematrix, sakit belakang saya hilang. Tiada lagi rungutan tentang lenguh badan dari saya pada suami. 



OSTEMATRIX



Bagaimana Ostematrix membantu?


Ia adalah Kalsium yang diperkayakan dengan Magnesium dan Vitamin D. Di dalam susu ibu, komposisi utama vitamin adalah kalsium. Ostematrix membantu kerana ia dapat menyalurkan kalsium kepada kita kerana sebagai ibu menyusu, kita pasti akan kekurangan kalsium kerana kalsium banyak digunakan untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Jadi, kebanyakan kalsium telah diguna pakai dan apabila ini berlanjutan ditambah pula dengan penyusuan ke atas bayi, kalsium semakin berkurangan dan akan menyebabkan risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu jika tidak diatasi. Jadi, Ostematrix ini banyak membantu menggantikan kalsium di dalam badan kita. 

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi Ku Hasnah (012-3860720)
Email : kkuhasnah@yahoo.com
Fanpage : www.facebook.com/Vitamin Hijau






Comments

Popular Posts