9 Cara Meredakan Stress Tanpa Ubat
Stress??
5) SUKAN
Majoriti dari masyarakat kita sudah pasti tidak dapat lari dari menghadapi stress kan? Baik berkaitan kerja, keluarga, kewangan atau apa saja masalah, itu memang mampu mengundang stress buat anda jika ianya tidak dapat dikawal dengan elok. Ramai yang menganggap bahawa masalah stress ini hanya datang seketika tanpa sedar bahawa ia sebenarnya mampu memberikan kesan kepada minda kita dan juga kesihatan kita. Antara penyakit yang dikaitkan dengan stress adalah hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Penting ya untuk kita berusaha untuk mencari jalan penyelesaian agar kita mampu menguruskan stress dengan cara yang betul. Tidak dapat dinafikan, saya juga adalah diantara anda yang pernah juga mengalami stress yang tidak terurus. Jadi apa yang saya lakukan? Jom baca beberapa tips atau cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan atau meredakan tahap stress kita tanpa kita perlu bergantung pada ubat.
1) BEREHAT
Cuba untuk mengambil masa bagi merehatkan tubuh dan minda. Cuba anda lakukan ini. Duduk atau berdiri santai menghadap cermin. Kemudian ambil nafas dalam-dalam dengan perlahan tetapi jangan tahan nafas. Kemudian keluarkan nafas itu secara perlahan-lahan. Ulang sehingga rasa tenang.
2) SUSUN KERJA DENGAN BIJAK
Penting untuk kita membuat perancangan untuk jangka masa panjang dan juga pendek. Lakukan kerja yang telah dirancang atau mengikut 'priority' dahulu.
3) KETAWA
Cuba untuk menonton rancangan TV yang berunsurkan komedi atau membaca komik lucu. Sudah tentu ia akan membuat anda ketawa tanpa sedar sekaligus sedikit sebanyak mampu mengurangkan fikiran kita dari berpusat kepada masalah kita. Saya sendiri pernah cuba cara ini dan ternyata ia sangat membantu di kala saya sedang stress!
4) MINUM SUSU
Susu merupakan 'pelega' yang paling berkesan untuk mengurangkan stress. Susu dapat mengurangkan kadar hormon adrenalin dalam darah sekaligus dapat meredakan stress. Minumlah susu tidak kira susu sejuk atau susu panas.
5) SUKAN
Daripada jurucakap American Heart Assosiation, bersukan selama 30 minit sehari mampu melegakan stress dengan berkesan. Aerobik mampu membuatkan kita lebih rileks dan mengurangkan tekanan darah sistolik. No wonder saya rasa saya kurang lagi stress apabila saya melakukan aerobik atau zumba ! Ia berkesan!
6) HOBI
Ini juga merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh ibu saya di kala mengalami stress. Lakukan hobi anda seperti memancing, mendaki gunung atau apa saja yang anda suka dan 'passion'. Tidak kiralah ianya adalah hobi yang lasak atau tidak, selagi ianya boleh membuat anda leka, ia mampu meredakan stress anda. Ibu saya sangat suka berkebun yang mana ia merupakan hobinya di kala beliau mengalami stress. Katanya, berkebun atau cukup dengan membelek pokok bunga yang ada di halaman rumah mampu membuatnya 'release tension'.
7) TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang tidak cukup sememangnya mampu mengganggu atau menjejaskan hari-hari kita. Apabila badan letih dan mudah penat, ia mampu mengganggu otak kita dari berfungsi secara normal. Ini sekaligus akan membuatkan otak kita tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu kerja dengan sempurna. Jika anda kerap mengalami stress, semak semula jadual tidur anda.
8) CARI SAHABAT MENGADU
Apabila mengalami masalah dan stress, ia seharusnya tidak di simpan di dalam hati. Percayalah, segala luahan yang kita lakukan pada pasangan kita atau kawan rapat anda, mampu untuk meredakan stress anda. Tapi ingat, carilah tempat mengadu yang boleh dipercayai dan tidak mengambil kesempatan atas masalah anda.
9) SOLAT
Bagi orang Islam, solat adalah yang terbaik untuk mengurangkan stress. Kita boleh mengadu masalah kita pada Allah serta mintalah petunjuk dari Allah agar diberikan ketenangan.
Comments
Post a Comment