10 rahsia mendapatkan rambut yang sihat

1) Jika anda mempunyai rambut yang rosak dan tidak terurus, anda boleh cuba menggunakan perapi dan syampu secara berasingan. Ini kerana kandungan syampu yang mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yang diperlukan.

2) Pemakaian perapi yang betul adalah hanya dengan satu garis perapi diletakkan di telapak tangan dan kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga rata. 

3) Untuk memiliki rambut yang kekal cantik, pilihlah perapi yang sesuai dengan rambut anda.

4) Pilihlah perapi yang mengandungi protein (marine atau hydrolyzed wheat) keratin dan sutera. Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yang hilang akibat dandanan. 

5) Jangan mengeringkan rambut dengan menggosokkan rambut pada tuala. Gosokan ini akan menjadikan kutikel rambut kasar. Tarik rambut ke belakang, perahkan air pada rambut dan kemudian balut kepala dengan tuala. Biarkan seberapa lama yang boleh dan kemudian sikat dengan menggunakan sikat bergigi jarang untuk menghurai rambut kusut sebelum anda blow kering.

6) Lakukan rawatan deep conditioning seminggu sekali. Gunakan masker rambut yang mengandungi protein atau panthenol yang boleh berfungsi untuk menyubur dan menguatkan rambut. 

7) Gunakan produk dengan perlindungan themal atau silicon. Cara ini akan menghasilkan di antara kepanasan alat pengering rambut dengan rambut sekaligus mencegah kerosakan rambut.

8) Rambut kurang menyerap klorin atau air masin jika anda membasahkan rambut dengan air biasa terlebih dahulu sebelum berenang.

9) Untuk mendapatkan rambut lebih volume, ikat rambut dengan ikatan yang sedikit longgar dan keringkan keseluruhan permukaan kulit kepala dengan menggunakan hair dryer bersuhu sejuk. Setelah kering, buka ikatan rambut.

10) Kurangkan pemakaian mousse atau gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan. Jika terpaksa, segeralah bersyampu dengan clarifying shampoo yang berfungsi untuk membersihkan sekaligus menanggalkan sisa hair spray atau gel yang melekat pada helaian rambut. 


kredit Rapi


Comments

Popular Posts