Makan malam punca obesiti
Tanpa kita sedari, tabiat makan malam telah menjadi satu cara hidup rakyat Malaysia tidak kira di bandar atau di mana saja. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur terutamanya yang dibuka 24 jam boleh membuatkan ramai orang suka melepak sambil makan-makan dengan kawan-kawan tanpa mengira masa. Budaya sebeginilah yang boleh membuatkan berat badan naik secara mendadak jika amalan ini diteruskan tanpa kawalan. Makan mengikut selera bukan saja boleh menyebabkan pelbagai penyakit malah boleh membuatkan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.
Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu bahawa metabolisme badan adalah sangat rendah berbanding di siang hari. Pada waktu malam, lemak kita akan lebih mudah terkumpul selepas kita makan kerana kita kekurangan aktiviti di waktu malam kecuali bagi mereka yang bekerja di waktu malam. Kebetulan pula kebanyakan kedai makan yang beroperasi 24 jam pula lebih banyak menjual makanan yang tinggi kalori. Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur -356 kalori, capati-300 kalori, mee goreng - 281 kalori dan ayam goreng -255 kalori.
Ermm..memang tinggi juga kalorinya jika ini yang kita amalkan hampir setiap hari..itu belum ditambah lagi dengan nasi di malam hari. Tiada aktiviti yang kita lakukan di malam hari agar lemak yang terkumpul itu akan terbakar..Ini adalah antara punca yang meninggikan lagi risiko mengalami obesiti atau kegemukan.
Jom ketahui serba sedikit info berkenaan obesiti ini.
Apakah Obesiti?
Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya, obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan.
Siapa berisiko?
Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.
Risiko kesihatan yang berkaitan dengan obesiti.
Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada tekanan darah tinggi, hiperlipidemia ( tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan obesiti ialah
- diabetes
- tekanan darah tinggi
- paras kolesterol tinggi
- penyakit jantung
- stroke
- asteoarthiritis
- gangguan tidur & sistem pernafasan
Banyak kan penyakit berkaitan masalah kegemukan ni? Sebab tu kalau dah sampai tahap obesiti, ia lagi membahayakan. Jalan paling senang nak elak masalah penyakit lain, adalah dengan menurunkan berat badan ke tahap ideal. Cara paling senang, senaman dan jaga pemakanan anda. Itu paling senang.
Saya juga memang tak pernah lari dari masalah lapar di tengah malam ini. Memang kerap mengalami masalah begini lebih-lebih lagi saya selalu stay-up di tengah malam menyiapkan kerja-kerja rumah atau kerja bisnes saya.
Waktu tengah melipat kain di malam hari, di waktu inilah perut mula meragam nak mintak diisi. Kalau dulu, saya selalu juga melantak. Di zaman muda-muda dulu. Kadang-kadang, saya makan maggi. Tapi sekarang, saya ada cara lain untuk hilangkan lapar saya di malam hari.
Saya hanya bancuh 1 atau 2 sudu Energizing Soy Protein (ESP) bersama milo..dannnnnnnnn..
Wallaaaaa..memang hilang lapar saya sampai pagi esok..kenyang tanpa memikirkan perut yang kekosongan lagi..Memang membantu saya. Anda juga boleh mencuba!
At least, ia adalah protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah! Lebih bagus dari anda makan makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat di malam hari.
Comments
Post a Comment